Halaman Utama > Tabung
Tabung Koperasi UUM Berhad
   
Pihak Koperasi UUM Berhad menyediakan 2 tabung iaitu:
   
 
1. Tabung Sejahtera
 
Kadar bantuan Tabung Sejahtera adalah seperti berikut:
 
1.
Kematian Anggota dan Kakitangan
   
Waris bagi anggota/kakitangan tetap Koperasi UUM Berhad akan menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM3000.00
   
2.
Kematian Ahli Keluarga
   
Setiap anggota/kakitangan yang kematian ahli keluarga akan menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM500.00. Ahli keluarga yang layak untuk sumbangan ini ialah ibu, bapa, isteri-isteri, suami, anak dan anak angkat yang berdaftar bagi anggota/kakitangan tetap Koperasi UUM Berhad sahaja.
   
3.
Kemalangan
   
Setiap anggota/kakitangan tetap Koperasi yang mengalami kemalangan layak menerima sumbangan berikut daripada tabung ini:
   
i).
Keilatan kekal yang tidak membolehkan mereka untuk terus bekerja layak menerima sumbangan berjumlah RM3000.00
   
ii).
Jumlah sumbangan bagi kemalangan-kemalangan lain akan ditentukan oleh Jawatankuasa dari semasa ke semasa
   
4.
Bencana Alam
   
Setiap anggota/kakitangan yang mengalami bencana alam seperti banjir dan kebakaran layak diberi sumbangan daripada tabung ini mengikut kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dari semasa ke semasa
   
5.
Lain-lain bantuan
   
Jumlah sumbangan akan ditentukan oleh Anggota Lembaga Koperasi
2. Tabung Kebajikan Pendidikan
   
1. Kadar atau jumlah sumbangan kepada anggota yang layak akan ditentukan oleh Lembaga berdasarkan kepada pencapaian atau keputusan peperiksaan berikut:
   
 
Peringkat Peperiksaan
Keputusan Peperiksaan
UPSR
4A dan Ke atas
PMR
5A dan Ke atas
SPM
5A dan Ke atas
STPM/STAM
4P dan Ke atas
   
2. Anggota yang layak memohon ialah anggota yang telah menganggotai Koperasi UUM Bhd. selama  6 bulan dan ke atas pada tarikh setiap keputusan peperiksaan diumumkan
   
   

 

 
 
Halaman ini sesuai dipaparkan menggunakan aplikasi Mozilla Firefox dan pada resolusi skrin 1024x768
Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad
Hakcipta Terpelihara © 2009